assalamualaikum,
hmmmm...dah tak reti nak menaip panjang-panjang kat sini dah hampir setahun aku tinggal bende ni semua. tahun ni dah masuk tahun akhir aku kat kolej ni dah sem 5 dah..tahun depan dah masuk sem 6 iaitu sem last bagi diploma pembantu perubatan yang aku ambik ni..memang tak boleh nak di nafikan tersangat lah mencabar nak kene hadap bende yang paling aku tak suka dan bende yang tak pernah pun terlintas dalam otak aku nak kne ambik bidang medik ni..tapi nak buat macam mana kalau dah Allah tu dah tentukan jalan hidup ni siapalah aku nak menghalang..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni..dalam tak suka pun aku dah sampai kat tahun akhir ni..atas berkat doa mak ayah aku..aku sampai kat tahap ni..sedangkan aku sendiri takpercaya yang aku mampu buat semua ni...
sepanjang aku kat sini macam-macam bende yang jadi buatkan aku lebih matang dalam berfikir dan buat benda jangan ikut perasaan..dan aku tersangat rindu dengan uni life yang sangat best..matrik pun best jugak..kat sini je tak best sebab aku rase semua penda terpaksa nak hadap..macam-macam ragam nak kena hadap..dari pengurusan kolej sampailah kawan-kawan..bab kolej memang tak leh nafikan sebab kat kolej mane-mane pun memang macam ni...yang beza nya cuma lagi teruk takpun teruk sikit je..
bila bercakap pasal kawan aku tersangatlah berhati-hati dalam berkawan..tak kira lah kau nampak baik ke jahat ke..aq insecure teramat sangat sebab sekali aku kena rase macam fobia pulak..bak kata orang easy to forgive but never forget..
hmmm..hidup aku kat sini bukan nak puaskan hati orang..cukup memadai untuk merasa macam duduk dalam family..macam kat tempat belajar sebelum ni..tapi ni tak macam duduk kat tadika..semua benda nak kena jaga makan pakai jalan-jalan...adik aku pun tak macam ni...haih semoga seorang ilah mampu bertabah hingga ke akhirnya..ambil ni sebagai pengajaran untuk masa depan yang akan datang nanti..
aku tak boleh nak bayangkan ape yang akan jadi kat diri ni kalau keje nanti...mampu untuk aku ikhlaskan diri bekerja sebagai pembantu pegawai kesihatan...hmmmm...tak boleh nak adapt dengan perangai orang yang macam-macam nk kene pandai sembang-sembang.pujuk-pujuk segala..sebab memang dah ajar take it easy..aku buat kerja aku then kau puas hati..
k lah tu je lah dulu untuk setakat ini.tak taulah bila pulak boleh nak menaip balik..rabu ni dah start amali untuk final exam then jumaat ni sampai selasa dah exam..semoga di permudahkan segala urusan semasa exam nanti dan boleh jawab dengan tenang dan boleh pointer yang helokkk...mudah-mudahan..

